17 Julai 2012

Soheh Al-Bukhari - 25 (Pembunuh dan yang dibunuh masuk Neraka)

Gambar sekadar hiasan
***********************

Daripada al-Ahnaf bin Qais RA, katanya: Suatu hari ketika aku sedang dalam perjalanan untuk menolong seorang lelaki (yang sedang bergaduh), aku terserempak dengan Abu Bakrah. Dia bertanya kepadaku: "Ke mana kamu hendak pergi?" Jawabku: "Aku ingin pergi menolong lelaki itu." Ujarnya: "Pulanglah (dan usah menolongnya)! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

"Apabila dua orang Muslim bergaduh, dan masing-masing menggunakan pedang (untuk saling berbunuhan), maka si pembunuh dan yang dibunuh akan ke Neraka."

Lalu aku (Abu Bakrah) bertanya: "Wahai Rasulullah, tentang si pembunuh, (aku tahu memang sepatutnya dia ke Neraka), tetapi mengapa yang dibunuh juga akan turut ke Neraka?" Maka jawab baginda:

"Kerana yang dibunuh itu juga sebenarnya berazam untuk membunuh sahabatnya."

sahihbukhari-in-malay.blogspot.com

***********************
حدثنا عبد الرحمن بن المبارك حدثنا حماد بن زيد حدثنا أيوب ويونس عن الحسن عن الأحنف بن قيس قال ذهبت لأنصر هذا الرجل فلقيني أبو بكرة فقال أين تريد قلت أنصر هذا الرجل قال ارجع فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إذا التقى المسلمان بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النار فقلت يا رسول الله هذا القاتل فما بال المقتول قال إنه كان حريصا على قتل صاحبه

hadith.arej.net

***********************

Narrated Al-Ahnaf bin Qais: While I was going to help this man ('Ali Ibn Abi Talib), Abu Bakra met me and asked, "Where are you going?" I replied, "I am going to help that person." He said, "Go back for I have heard Allah's Apostle saying, 'When two Muslims fight (meet) each other with their swords, both the murderer as well as the murdered will go to the Hell-fire.' I said, 'O Allah's Apostle! It is all right for the murderer but what about the murdered one?' Allah's Apostle replied, "He surely had the intention to kill his companion."

www.searchtruth.com

***********************


Get thiswidget

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate