25 Disember 2011

Peluang mengerjakan umrah pada usia muda




PELUANG KERJAYA SEPARUH/SEPENUH MASA

Pakej Umrah yang menawarkan Ujrah/Komisyen tertinggi kepada para wakil/konsultan iaitu antara RM700-900 untuk setiap calon jemaah yang berjaya didaftarkan.
Bimbingan dan Latihan diberikan percuma!

Wakil / Konsultan / Mutawwif Umrah dan Haji diperlukan diseluruh Malaysia.

Tempah tempat anda SEKARANG!


Sila hubungi (sms nama & alamat anda):

Md Safrizan 012-358-1806

Keistimewaan:

1 - Pendapatan RM5k-6k sebulan
2- Elaun Mutawwif @ perunding Umrah Haji RM2k-3k sebulan
3 - Latihan dan bimbingan PERCUMA secara berterusan!
4 - Peluang menunaikan Umrah Haji setiap tahun
5 - Kerjaya duniawi dan ukhrawi

Sila hubungi (sms nama & alamat anda):

Md Safrizan 012-358-1806



Link Pilihan:

Update:

anda juga boleh lakukannya....
Akademi Mutawwif Training & Consultancy



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١) يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١٢) وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَا‌ۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١٣)

Hai orang orang yang beriman, maukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?. Beriman kamu kepada Allah dan Rasullnya dan berjihad di jalan Allah dengan hartamu dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa dosamu dan memasukkanmu kedalam jannah yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan tempat tinggal yang baik didalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan ada lagi karunia yang lain yang kamu sukai yaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.)
(As-Saff 10-13)

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah Ayat 2 yang bermaksud: -

“Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara Kebajikan & Taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara Dosa & Permusuhan”

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : -

“Barangsiapa yang membantu menyelesaikan kesusahan seseorang diDunia (lebih-lebih lagi saudara sesama Islam), niscaya Allah akan membantu menyelesaikan kesusahannya di Dunia & Akhirat”

Saudara... Dalam kehidupan ini, ada sesuatu yang lebih SUSAH daripada SUSAH... iaitu MELAKUKAN PERUBAHAN!!! Sehingga ada orang yang lebih selesa untuk hidup susah daripada ambil tindakan untuk buat perubahan... TINDAKAN UNTUK BERUBAH bukan suatu PILIHAN tetapi KEMESTIAN!


:: FADHILAT UMRAH ::

Hikmah dan Pelajaran dari Haji serta Umrah
Pentingnyanya mengetahui kepentingan dan kedudukan setiap amal. 'Ilmu tentang fadhilat dan hikmah sebagai penggalak dan sumber untuk mengikhlaskan niat. 4 Keyakinan tentang pahala yang akan diperolehi memudakan pengorbanan dalam sifat pembelanjaan dan mengadap ujian. Kedudukan Ka'bah disisi Allah akan bangitkan kerinduan untuk menziarahinya yang mana ia adalah rumah Allah yang teragung.
Allah telah mensyariatkan pelbagai syariat untuk hamba-hamba-Nya. Dijelaskan kepada mereka segala hukum untuk memenuhi kepentingan jangka pendek dan jangka panjang dalam urusan keagamaan dan keduniaan mereka. Al-Quran yang mulia telah menyatakan perkara ini sewaktu menyebutkan tentang haji yang membawa kepada wujudnya manfaat dan kepentingan bagi manusia. Firman Allah Taala:
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) ; dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, yang fakir miskin". (Al-Hajj: 28)
Ibnu Abbas r.a. berkata sewaktu mentafsirkan ayat ini: "Ia adalah manfaat dunia dan akhirat, manfaat akhirat ialah keredhaan Allah Taala. Manfaat dunia ialah apa yang mereka perolehi iaitu unta, sembelihan dan perniagaan".
Pada hakikatnya, kalau kita mahu menghuraikan lagi kata-kata Ibnu Abbas dan menghitung manfaat agama dan dunia yang telah dinyatakan oleh al-Quran, maka kita akan dapati pelbagai manfaat, antaranya: Pertama; Perhimpunan orang-orang Islam. Ketahuilah bahawa agama ini tertegak di atas kesatuan dan kasih sayang sesama muslim. Oleh itu Allah Taala menjadikan kebanyakan ibadat yang disyariatkan sebagai cara untuk mewujudkan pertemuan antara mereka; Dijadikan pertemuan yang berulang-ulang lima kali sehari di peringkat satu kampung dalam satu bandar dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang berjemaah. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang sekali seminggu di peringkat satu bandar, dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang Jumaat. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang setahun sekali di peringkat antarabangsa, dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan haji ke Baitullahil Haram.


Kedua; Menghidupkan hakikat persaudaraan Islam dan menzahirkannya di alam realiti. Dalam masalah ini, perbezaan bahasa dan sempadan negara tidak memberikan kesan.
Sebaik-baik cara dan tempat untuk menghidupkan pertemuan ini ialah di 5 sekeliling Baitullah; mereka melakukan doa yang satu untuk Tuhan yang satu ke arah yang satu.


Ketiga; Mengikat seluruh umat Islam dari seluruh dunia dengan Makkah alMukarramah; tempat terbitnya Islam dan daripadanya berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam untuk menjadi lambang kesatuan dan mengukuhkan pegangan mereka walau bagaimana jauhnya negeri mereka.



Keempat; Menjadi salah satu lambang persamaan sesama muslim (orang Islam). Dengannya, pelbagai faktor yang membezakan sesama manusia dan menyebabkan mereka bermegah dalam berpakaian dan tempat tinggal tunduk melutut. Ketika tawaf dan Saíe, orang kaya hampir tidak kelihatan dan orang fakir tidak dikenali, tuan sama dengan hamba, khadam sama dengan tuannya... dan semua berada dalam suasana limpahan rohani yang satu iaitu keinginan mendekati Allah dan memperolehi keredhaan-Nya. Inilah suasana yang cukup indah yang mengingatkan kepada permulaan manusia berada di dunia; sewaktu keluar dari perut ibu. Semuanya dalam keadaan yang sama, tiada beza di antara mereka. Ia juga mengingatkan kepada hari akhirat; sewaktu manusia berdiri di hadapan Allah dalam keadaan berkaki ayam dan telanjang tanpa ada pangkat dan keturunan.


Kelima; Haji merupakan sebesar-besar peringatan yang mengingatkan muslimin (orang-orang Islam) kepada keadaan bapa-bapa mereka dan para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Setiap tempat ditunaikan haji mempunyai ikatan yang rapat dengan peristiwa yang mencetuskan banyak ingatan dalam diri jemaah haji. Di sisi Baitullah menjelmalah dalam pemikiran seorang mukmin Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sedang membina Baitullah dan menjelmalah gambaran Nabi s.a.w. sedang mencium Hajarul Aswad dan menjatuhkan berhala-berhala yang tersungkur dalam keadaan yang terhina. Di As Safa dan Al Marwah seorang muslim mengingati Hajar a.s. yang berlari di antara keduanya untuk mencari air bagi anaknya Ismail.


Keenam; Manfaat tambahan kepada semua ini ialah rezeki yang diperolehi oleh orang-orang fakir di negeri itu pada musim yang mulia ini; rezeki yang mencukupkan keperluan mereka selama setahun sebagai memenuhi seruan Nabi Ibrahim a.s. sewaktu Baginda berdoa:
" Wa h a i Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian z u r ia t keturunanku di sebuah lembah yang tidak ada tanaman padanya d i s is i r u m a h -Mu di Tanah Haram (Makkah). Wahai Tuhan kami, (yang d e m ik ia n ) supaya mereka mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah hati s e b a h a g ia n d a r i manusia tertarik kepada mereka dan kurniakanlah rezeki k e p a d a mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, s e m o g a mereka bersyukur". (I brahim: 37)


Ketujuh; Haji adalah tarbiah bagi jasad untuk hidup dalam keadaan susah, -nemikul keperitan dan sabar terhadap perkara yang tidak disukai. Juga mentarbiah akhlak untuk merendah diri, bertolak ansur, pergaulan yang baik dan saling memaafkan. Mentarbiah jiwa untuk berkorban, berusaha, bersedekah dan berbuat baik. Mentarbiah perasaan supaya berada dalam keadaan suci dan muraqabah Allah.
Firman Allah:
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat 6 mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al Baqarah:197).


Kelapan: Tinggalkan tanah air dan keluar
ga mengingkatkan tentang maut apabila segala ditinggalkan olek simati; ihram dan mandi untuknya meningatkat tentang mandi mayat dan kafan; tawaf keliling ka'bah saperti ibadat malaikat yang tawaf keliling árasy Allah; dalam keadaan saperti anak yang mengelilingi ibu supaya didokongnya hamba Allah mangharapkan di terima dan diredhai oleh Allah; Maqam Ibrahim mengingatkan tentang balasan bagi ketataan kepada Allah.





Link berkaitan:



==========
Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...
blog mdsafkyo
Copy this code to your website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate