
Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda dari perkara tersebut.
Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:
{ إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ } (المائدة: 72)
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72)
![[Image: image001.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhui2bME0YrTMCQ_Lei_MOYTT1d20pqPGA6jtbNRePpmEET2GFJ46jyMjtZ5jafUVLPdVYZ4OEFpzdUxSlYcQauCAAfLBPmx7-siA8qch7H03HrGf94hr0FQaQ6TVLX-T1c9yhzcBD43p-k/s1600/image001.jpg)