Logo & Maskot Olimpik London 2012 Berbentuk Freemason Berciri Dajjal.
Mari kita sama-sama memboikot dan menentang penggunaan Logo Serta Maskot Olimpik London 2012 yang secara jelas dan terangnya berbentuk ZION yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem.
Sila zoom dan lihat Perkataan ZION pada Logo Olimpik London 2012 diatas…
Iran kemungkinan akan memboikot acara sukan terbesar itu menurut surat yang mereka hantar kepada IOC (International Olympic Comittee).
Dalam surat tersebut juga seakan Iran mendesak negara-negara Islam yang lain mengambil tindakan yang serupa.
Namun begitu Presiden IOC, Jacques Rogge menafikan tuduhan Iran bahawa logo Olimpik London 2012 “rasis”. Rogge mengatakan kepada BBC Sport: “Tidak, ini bukan hal serius. Kami akan menjawab dengan senyap, dan menjelaskan bahawa logo ini tidak ada kaitan dengan rasisme atau politik.”
Rogge juga menambah bahawa logo tersebut telah dilancarkan pada tahun 2007 tetapi mengapa sekarang baru ditimbulkan isu tersebut.
Surat dari Iran kepada Rogge berbunyi:
“Tidak diragukan ada satu sikap lalai dalam masalah ini dari pihak anda akan memberi kesan beberapa negara akan menarik diri, terutama Iran.”
Iran berjaya menggondol satu pingat emas dan satu gangsa pada Sukan Olimpik di Beijing tahun 2008. Pingat emas Iran adalah dari olahraga Taekwando kelas 80Kg menerusi atlit Hadi Saei.
Sementara pingat gangsa diraih oleh Seyedmorad Mohammadi dari gusti kelas 60kg.
Selain dari logo Olimpik yang menjadi isu hangat tersebut, maskot Olympic 2012 London ini juga menjadi isu.
Maskot yang bernama Wenlock tersebut bermata satu seperti Dajal.
Lagi artikel menarik mengenai Dajjal, Freemason, Zionis.....
==========
Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...
Copy this code to your website