02 Disember 2011

Naskah Al-Quran terkini

Baru ni saya ada tertarik dengan naskah terbaru Al-Quran...iaitu versi terjemahan per-kata. Ianya memang istimewa kerana terjemahan yang biasa kita lihat dalam naskah tafsir adalah terjemahan mengikut ayat. contoh:


manakala tafsir per-kata yang dilengkapi asbab nuzul pula begini:

Harga dipasaran naskah yang dilengkapi asbab nuzul adalah antara RM80.00 sehingga RM120.00. Agak berbaloi memandangkan banyak antara kita yang memang tidak tahu menahu asbab nuzul ayat-ayat tersebut...

Dan naskah AlQuran yang terbaru adalah dilengkapi dengan pen/penunjuk yang menyimpan dan main semula bacaan imam-imam terkenal seperti Saad Al-Ghamidi, Sudays-Shraym dan lain-lain dalam bentuk Al-Quran digital seperti gambar dibawah:

Harga dipasaran sekarang anggaran RM280.00 sehingga RM350.00. Malah mungkin ada juga yang menjual sehingga RM400.00 secara online. Harga berlainan mengikut model dan kelebihan masing2 seperti saya faham ada juga versi yang mempunyai tejemahan pelbagai bahasa seperti Malay, Indonesia, English, Urdu dan sebagainya...

Bagi saya, ianya adalah perkembangan positif terhadap penggunaan teknologi bagi kemudahan beragama Islam, selain boleh menjana ekonomi pengeluar dan penjual produk itu sendiri.

Tetapi kalau boleh saya nk dapatkan naskah Al-Quran terkini dan tercanggih pada harga yang mampu dimiliki setiap lapisan masyarakat. Maklumlah ianya adalah kalam suci, membacanya mendapat pahala.

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".


- diriwayat oleh Tarmizi

Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : "Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya"

- Riwayat Muslim

Insya-Allah, saya akan dapatkan Al-Quran digital pada harga yang paling rendah dipasaran untuk saudara/saudari membuat tempahan dari saya...nantikan post akan datang...

===================

Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...

blog mdsafkyo
Copy this code to your website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate