Makmum ialah orang yang mengerjakan solat dibelakang imam (mengikut imam)., sama ada dia itu seorang, dua orang atau ramai (para jemaah). Makmum itu boleh dikategorikan kepada dua iaitu makmum muwafiq dan makmum masbuq.
Makmum muafiq ialah makmum yang mengerakan solat dibelakang imam, yang sempat bersama imam, walaupun sekadar sempat membaca al-fatihah sahaja.
Makmum masbuq, iaitu makmum yang datang untuk mengerjakan solat, dan ketika itu imam telah menyelesaikan sebahagian solatnya, misalnya imam telah menyelesaikan satu rakaat atau lebih dari solatnya. Ia dinamakan dengan masbuq yang bererti orang yang didahului. Makmum masbuq hendaklah memulakan solatnya dengan takbiratul ihram disertai niat mengikut imam, kemudian mengikuti segala perbuatan imam, jika imam sedang sujud, maka sujudlah dan seterusnya. Berhubung perkara ini, terdapat suatu riwayat menerangkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أتى أحدكم الصلاة والإمام على حال فليصنع كما يصنع الإمام
(رواه الترمذي بإسناد ضعيف)
Maksudnya: "Dari Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: "Jika salah seorang daripada kamu datang untuk mengerjalan solat, sedangkan ketika itu imam berada pada suatu keadaan, maka hendaklah dia melakukan mengikut apa yang sedang dilakukan oleh imam ketika itu.
(Hadith riwayat Tirmizi)
Dalam riwayat yang lain, terdapat keterangan yang menjelaskan bahawa seseorang yang pergi kemasjid untuk mengerjakan solat secara berjemaah agar berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Baginda bersabda:
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم وعن الزهري عن أبي سلمة عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (إذا سمعتم الإقامة فامشوا إلى الصلاة وعليكم بالسكينة والوقار ولا تسرعوا فما أدركتم فصلوا وما فاتكم فأتموا)
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: "Dari abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sempat bersama imam satu rakaat (ruku) dari solatnya, maka ia dikira mendapat rakaat solat itu".
Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim
Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan satu rakaat, ialah solat yang mempunyai rakaat sempurna dan makmum yang masbuq itu mestilah menyempurnakan solatnya yang kurang, selepas imam menamatkan solatnya dengan salam. Contohnya seorang makmum masbuq yang sempat bersama imam dua rakaat dari solat yang dikerjakan pada solat isyak, maka selepas imam selesai memberi salam terakhir, maka makmum masbuq itu terus menyempurnakan solatnya mencukupi empat rakaat dan diakhiri dengan salam adapun bagi makmum masbuq yang sempat bersama imam pada tasyahhud akhir, dia tidak dikira sempat mendapat satu rakaat, seterusnya menyempurnakan solatnya setelah imam selesai melafazkan salam.
Wallhua'alam...
==========
Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...
Copy this code to your website