30 November 2011

Mana yang hak dan mana yang bathil

Hentikanlah fitnah, Insya-Allah kezaliman dan permusuhan dapat dibendung...

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

(Al-Baqara 2:193)

NFC: Polis sahkan tiada unsur pecah amanah, seleweng
01/12/2011 12:47pm

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar di sini, yang dikaitkan dengan keluarga seorang Menteri Kabinet tidak mempunyai unsur pecah amanah dan penyelewengan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam percakapan 74 individu termasuk suami kepada Menteri Kabinet berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum memanggil Menteri Kabinet terbabit bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Tetapi jika ada keperluan (memanggil beliau) dalam siasatan, maka kita akan panggil nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Utusan




Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang didakwa dibuat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Ini, katanya memandangkan Ketua Wanita Umno itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda insaf setelah PKR membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC.

Rafizi mendakwa pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

Beliau juga mendakwa, dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya.

“Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis,” ujarnya dalama satu kenyataan.

Jelasnya, semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS).

Menurutnya, siasatan PKR menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ )

Dakwanya lagi, antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah).

Ini, jarnya menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan.

“Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?” soalnya.

Menurutnya, pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri.

“Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura.

“Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?” tanya beliau.

Justeru, katanya Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan itu di Perhimpunan Agung Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.

Rafizi menambah, pihaknya akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru itu. - Harakah


==

Berita mana yang betul? mana yang kita nak percaya?

Allah maha mengetahui segala sesuatu. Ku serahkan kepada-Mu ya Allah... sesungguhnya engkaulah maha mengetahui atas segala sesuatu...


Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.
(Al-Anaam 6:59)

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?
(At-Taubah 9:78)

Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...

blog mdsafkyo
Copy this code to your website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate