22 November 2011

Kepentingan Sedekah


Allah SWT telah berfirman betapa pentingnya kita bersedekah sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi...

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Al-Mujadila 58:12)


Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.
(Al-Mujadila 58:13)

Subhanallah, Allah maha mengampunkan bagi mereka yang tidak mampu bersedekah...cuba muhasabah diri kita, adakah benar kita tidak mampu bersedekah walaupon sedikit? janganlah kita menyesal kemudian hari seperti firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.
(Al-Munafiqoon 63:10)

Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang soleh...

Wallahua'alam...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate