14 November 2011

Berita Gembira

Assalamualaikum, apa khabar semua pembaca. Alhamdulillah, semoga semuanya sihat-sihat belaka.
Tetapi kepada mereka yg menglami kesusahan, musibah dan kekurangan harta ataupun kekuatan, ucapkanlah
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

Ingatlah firman Allah yang bermaksud:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
(Al-Baqarah 2:155-156)

Kepada mereka yg diuji, janganlah cepat menyalahkan orang lain, atau menghukum bahawa Allah sengaja menyusahkan kita. Ingatlah sesungguhnya Allah telah berjanji kepada mereka yang diuji dengan khabar gembira :

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.
(Al-Baqarah 2:157)

Semoga kita tergolong daripada mereka yang mendapat petunjuk dari-Nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate