23 Mei 2012

Soheh Al-Bukhari - 24

حدثنا سليمان بن حرب قال حدثنا شعبة عن واصل الأحدب عن المعرور قال لقيت أبا ذر بالربذة وعليه حلة وعلى غلامه حلة فسألته عن ذلك فقال إني ساببت رجلا فعيرته بأمه فقال لي النبي صلى الله عليه وسلم يا أبا ذر أعيرته بأمه إنك امرؤ فيك جاهلية إخوانكم خولكم جعلهم الله تحت أيديكم فمن كان أخوه تحت يده فليطعمه مما يأكل وليلبسه مما يلبس ولا تكلفوهم ما يغلبهم فإن كلفتموهم فأعينوهم


***********************

Daripada al-Ma'rur RA, katanya: Aku bertemu dengan Abu Dzar RA di ar-Rabadzah, dan ketika itu dia memakai pakaian yang sama dengan hambanya. Maka aku pun bertanyakan hal itu kepadanya. Jawab Abu Dzar: Aku pernah mencela seseorang hamba dengan menggelarkan ibunya dengan nama yang tidak baik. Sehubungan dengan itu, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menegur kesilapanku dengan berkata:
"Wahai Abu Dzar! Apakah kamu telah mencelanya dengan memberi nama yang tidak baik kepada ibunya? Sesungguhnya perbuatan (mencela orang lain) itu menunjukkan bahawa masih ada sisa-sisa Jahiliyyah dalam diri kamu. Hambamu adalah saudaramu, yang diletakkan Allah di bawah tanggungjawabmu. Oleh itu, sesiapa yang memiliki saudara yang di bawah tanggungjawabnya (hamba), hendaklah dia memberi hamba itu makanan yang sama seperti makanannya, serta pakaian yang sama seperti pakaiannya. Dan janganlah menyuruh mereka melakukan pekerjaan yang di luar batasan kemampuan mereka, akan tetapi, jika kamu terpaksa juga menyuruh mereka melakukan pekerjaan tersebut, maka bantulah mereka."


***********************

Narrated Al-Ma'rur: At Ar-Rabadha I met Abu Dhar who was wearing a cloak, and his slave, too, was wearing a similar one. I asked about the reason for it. He replied, "I abused a person by calling his mother with bad names." The Prophet said to me, 'O Abu Dhar! Did you abuse him by calling his mother with bad names You still have some characteristics of ignorance. Your slaves are your brothers and Allah has put them under your command. So whoever has a brother under his command should feed him of what he eats and dress him of what he wears. Do not ask them (slaves) to do things beyond their capacity (power) and if you do so, then help them.' "

***********************


Gambar hiasan
***********************
Sila kongsikan artikel sekiranya bermanfaat. Tak perlu minta izin
Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan semua manusia.

Get thiswidget

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate