حدثنا عبد الله بن مسلمة عن مالك عن زيد بن أسلم عن عطاء بن يسار عن بن عباس قال قال النبي صلى الله عليه وسلم أريت النار فإذا أكثر أهلها النساء يكفرن قيل أيكفرن بالله قال يكفرن العشير ويكفرن الإحسان لو أحسنت إلى إحداهن الدهر ثم رأت منك شيئا قالت ما رأيت منك خيرا قط
Daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda:
"Aku telah diperlihatkan Neraka, dan aku lihat bahawa kebanyakan isinya adalah kaum wanita yang kufur."
Baginda ditanya: "Adakah mereka kufur kerana tidak beriman kepada Allah?" (Kufur boleh membawa erti samada ingkar dalam beriman kepada Allah, atau tidak menghargai nikmat/ tidak mengenang jasa atau pemberian)
Jawab baginda:
"Mereka itu kufur (tidak tahu berterima kasih) kepada suami dan juga segala perbuatan baik yang telah ditujukan kepada mereka. Seandainya kamu melakukan kebaikan kepada mereka setiap masa, namun tiba-tiba suatu ketika mereka mendapati satu kekurangan (yang tidak mereka gemari) daripada engkau, mereka akan lantas berkata: "Sekali pun aku tidak pernah melihat engkau melakukan kebaikan terhadapku."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan