Salam Widget

20 Mac 2012

Berhati-hati dengan scam email

Assalamualaikum...

Baru-baru ini saya ada terima email. Dan ianya amat meyakinkan dengan ayat, gambar serta link yg diberikan. Ia adalah email dari CIMB yg meminta kita supaya update login detail/security...



apabila kita klik link yg diberi, kononnya kita perlu login dan update data, maka keluarlah website yg meminta login id & pasword seperti biasa.



Ianya memang sebijik seperti website rasmi bank CIMB, tetapi cuba lihat alamat url:
http://www.taking-over.net/includes/cimbclicks/cimbclicks/activate/Logon.html

Sah-sahlah ia bukan dari pihak CIMB walaupon memang design web tersebut memang sama...

ini pula website asal bank CIMB:




nampak perbezaan? tak nampak? kalau tak biasa guna memang tak nampak....

Kalau kita tidak berhati-hati, dan terus login....memang mereka dapat la access akaun bank kita!!! sebab tu sebelum kita log in dalam CIMB click, keluar amaran ini..serius ni!



Jadi saya marilah kita sebar-sebarkan info ini sebelum tuan-tuan dan puan-puan, saudara kita, kenalan kita tertipu dengan email sebegini...

saya siasat web penipu tersebut berpangkalan di Perancis...


semoga menjadi iktibar kepada semua supaya lebih berhati-hati terhadap penipuan internet...

Wallahua'lam...




Get thiswidget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate