
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari
Adam mengeluh panjang sambil melayangkan pandangannya ke siling. Dia kagum dengan negara barat yang membenarkan rakyatnya untuk bebas bersuara, menyuarakan kehendak mereka dan bebas untuk berbuat apa yang mereka suka.Adam yang duduk dikerusinya sambil merenung skrin komputer semenjak tadi dengan senyap tiba-tiba bersuara, "Kata ini negara demokrasi, ada kebebasan bersuara, tapi bantah pula program Seksualiti Merdeka!" katanya, merungut tidak puas hati.
Adam bukanlah seorang pengamal seks luar tabi'i, tetapi dia cuma kecewa dengan kebebasan bersuara di Malaysia yang dikatakan sebagai negara demokrasi, tapi hakikatnya kebebasan bersuara itu masih terbatas. Baginya negara Malaysia jauh ketinggalan dengan negara barat disebabkan bersifat tertutup dengan kebebasan bersuara bagi sesetengah pihak.