18 September 2011

Penjualan Ayat Al-Quran

Assalamualaikum,

Saya pernah terserempak dengan seorg tabligh, dia menghulurkan potongan ayat Quran. Saya rasa dia jual potongan ayat tersebut kerana ayat tersebut dicetak atas kertas yg berkualiti berwarna dan siap laminate cantik.

Jadi saya tanya berapa harga sekeping? dia jawap, ayat Quran tidak boleh dijual beli, kerana ia adalah milik Allah, mukjizat yg paling agung, tidak ternilai dengan nilai matawang ringgit. Ayat ini percuma, encik boleh sedekah kepada kami untuk aktivit ...(bla bla bla)... seberapa yg encik mahu. kalau tidak mahu sedekah pon tidak mengapa, ayat itu kamu ambil dan simpan.

Saya tersentak dengan jawapan dia dan mula berfikir, bagaimana dengan hasil penjualan naskhah Al-Quran, poster ayat2 suci dan sebagainya?

saya memang pernah diperdengarkan ayat yg mungkin ada kaitan dengan situasi menjual ayat2 Allah. Sila baca terjemahan dibawah, dan anda nilai sendiri:

"Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa. "

(Al-Baqarah 2:41)

Ayat yg telah di'bold'kan bermaksud menjadikan ayat Allah (tiada lain iaitu Al-Quran) mempunyai harga untuk kita mendapat kelebihan didunia. Sedikit adalah Allah menilai harga didunia ini hanya sedikit kerana Allah itu maha kaya, nikmat dan kurnianya melimpah ruah jika hendak dibandingkan dengan nikmat kehidupan didunia.

Selain itu:

"Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui."
(An-Nahl 16:95)

Ayat yg telah di'bold'kan bermaksud pesanan dan perintah Allah (iaitu semua ayat yang terdapat didalam Al-Quran) dijadikan modal untuk kita memperoleh keuntungan samada wang ringgit, pangkat, kelebihan dan lain-lain yg memberi faedah keduniaan semata-mata. Sebab itu Allah menilai keuntungan SEDIKIT merujuk kepada keuntungan dunia semata-mata. Sedangkan rezki Allah, kurniaan, rahmat dan harta-Nya adalah meliputi seluruh alam yg tidak dapat kita nilaikan dengan kekayaan dunia...

"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."
(An-Nisaa 4:131)


"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam."
(Al-Ankabut 29:6)

"Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Dia kehendaki, nescaya Dia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain."
(Al-An'aam 6:133)

Ingatlah, Allah maha berkuasa keatas sesuatu. Kenikmatan dan kekayaan yg kita peroleh hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Petikan ayat dari surah Al-An'aam 6:133 menjelaskan sekiranya Allah mahu, mungkin kita tiada lagi didunia esok!!!



Catatan diatas adalah penilaian berdasarkan ceramah2 agama yg dihadiri serta bacaan buku2 agama oleh penulis. Sekiranya terdapat kekurangan, datang dari penulis, dan manfaat diperolehi dari Allah SWT. Sila tinggalkan komen untuk menambah atau membetulkan kesilapan sekiranya ada.

Wallahua'lam...

dengan bantuan Search The Truth dan Quran Explorer

3 ulasan:

  1. bagaimana nk jual? kalau tak jual, mcm mana nk sebarkan dan belajar Al-Quran?

    bukan tak boleh jual, tapi jgn la ambil keuntungan. Jual dengan harga kos sudah la...

    Allah anugerahkan akal fikiran supaya kamu berfikir.

    "Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir" (Al-Anaam 6:32)

    BalasPadam
  2. entry yang bagus..membuatkan sy juga berfikir2...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate