12 September 2011

Komunis pulak....

Rakyat perlu tolak komunis versi Pas

BAGAN DATOH 11 Sept. - Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri hari ini mengajak rakyat menolak jenama baru yang cuba diberikan Pas kepada pengganas komunis kerana ia jelas bertentangan dengan fakta dan sejarah sedia ada.

Dalam kenyataan bersama kedua-dua menteri di kementerian berkenaan menegaskan, jenama baru yang mengangkat pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan itu bukan sahaja salah tetapi satu penghinaan kepada anggota dan bekas pasukan keselamatan negara iaitu polis dan tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas tentera dan polis berasa amat kesal, cukup tersinggung dan terhina dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

''Apabila Timbalan Presiden Pas memberikan jenama baru kepada komunis sebagai pejuang kemerdekaan, bekas tentera dan polis tidak dapat menerimanya.


baca selanjutnya....

================================

Jawab...jangan tak jawab....

Mat Sabu: Umno mewarisi sikap penjajah

GOMBAK, 11 Sept ─ Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menjadi serangan Umno terus-menerus sejak tiga minggu lalu berkata, parti Melayu kebangsaan itu mewarisi sikap penjajah yang menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka.

Bercakap pada ceramah Negara Berkebajikan: Tawaran PAS malam tadi, Mohamad (gambar) berkata, beliau sedih apabila dituduh mengagung-agungkan komunis.

“Saya dulu pernah ditahan ISA atas tuduhan pelampau agama, walaupun sudah lebih 30 tahun saya melalui jalan yang mendokong perjuangan Islam, bersama-sama mendokong kepimpinan ulama yang bermula pada 1983, berada di sini sehingga sekarang sebagai timbalan presiden, terus mendokong dasar Islam, tiba-tiba sekarang dituduh komunis... tak sedihkah? Jahat sungguh,” kata beliau.

“Tuduhan ini bukan perkara baru, pemimpin kita yang berjuang lebih awal dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk pengganas sehingga orang seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilabel sebagai penjahat ditangkap dan diletakkan di Pulau Jerejak, begitu ulama yang lain yang menerima tuduhan seperti itu oleh penjajah.

“Dan, serangan penjajah Umno mewarisinya. Apa punca jadi begini? Saya amat cintakan tanah air, kita berada di Malaysia tanah tumpah darah,” katanya.

Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” menegaskan, apa yang dibangkitkan dalam ceramahnya di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu adalah rasa terkilan melihat ramai rakyat tidak menyambut seruan meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaan.

“Saya melihat makin tahun orang tak sambut hari Merdeka, saya dah bercakap hal ini 10 tahun kebelakangan ini, menjelang Hari Merdeka kawan-kawan dah boleh hafal apa yang saya mahu katakan. Cuma tahun ini cukup ketara, pemerintah melalui televisyen, radio dan akhbar menyuruh rakyat meletakkan bendera untuk tanam sifat patriotik sambut Merdeka, saya lihat tiada orang pun yang buat.

“Kenapa rakyat tidak sambut? Ini bukan pasal ucapan saya di Pulau Pinang, saya sebut perayaan Merdeka sudah jadi perayaan Umno, bukan perayaan rakyat Malaysia,” katanya.


baca selanjutnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate