05 Disember 2012

Just for laugh


‘JUST FOR LAUGHS’ tahu cerita ini? Cuba perhatikan..

Ha!? Terkejut sahaja? Buat muka pelik? Tak marah pun? Sopannya rakyat negara mat saleh ini bila berhadapan situasi pelik. Hmm.. kalau di malaysia, latahannya berbeza. Bayangkan tiba-tiba kereta kita tertimpa batu besar (palsu je..) sebaik sahaja kita terdengar bunyi dentuman yang kuat? Dalam pada itu, kita lihat pekerja-pekerja binaan sedang ke
lam-kabut memulihkan keadaan. Atau, kita lihat ada besi binaan sedang tergantung tinggi, hampir-hampir terjatuh, betul-betul di atas kereta kita, sedang pekerja binaan yang lain sibuk berusaha mengawal situasi. Dan akhirnya.. besi besar itu terjatuh! Dan menimpa kereta kesayangan kita.. Pastinya perkataan-perkataan carut, maki hamun, rupa muka tak payah nak cerita la, dan yang paling utama, minta ganti rugi dengan bahasa dan akhlak yang... geleng kepala kita dibuatnya. Tercampak jauh segala didikan agama yang pernah dipelajari.

Sebaliknya, dalam rancangan itu.. tuan punya kereta cuma. “Oh tidak! Oh tidak!” bila besi jatuh.. “Aduh.. nak wat camne.. redha jela..” sambil tepuk dahi.

Situasi lain, agak-agak bagaimana respon kita bila ada orang yang tidak dikenali minta bantuan jaga anak, jaga barang, jaga kedai dan sebagainya.

“Eh, anak? Nanti kata aku culik anak kau pulak.”

“jaga barang kat taman? Eh, suka-suka hati je.. takde masa aku nak tolong-tolong orang tak kenal ni.” Malaysian yang ‘ananiyah’ atau individualistik.

“jaga kedai? Ingat khidmat aku ni free apa?!”

Tapi lihatlah, alangkah mudah dan ikhlasnya rakyat negara ‘just for laughs’ itu menghulurkan bantuan. Apakah benar situasi ini atau ini hanya lakonan semata-mata? Patutkah layak mereka dipanggil mat saleh sebab soleh-soleh belaka nampaknya.

Ada satu babak, seseorang sedang bekejar masa sehingga tak sempat letak kereta di tempat letak kereta. Dalam keadaan kelam kabut itu, dia petik sahaja sesiapa sambil mencampakkan kunci keretanya padanya. Lebih kurang kalau ada kereta lain nak keluar, tolong alihkanlah keretanya.

kau,
ye engkau..
aku tanya engkau,
yang sedang membaca post ini..
berani percaya pada orang begitu sahaja?”

Kadang terfikir, bagaimana negara tersebut mendidik rakyatnya? Sedangkan ia bukan negara Islam! Tengoklah.. watak-wataknya.. bertindik hidung, seksi, rambut pink? bila dah kantoi dengan kamera, peluk-peluk pelakonnya, mereka bebas nak cipta personaliti diri yang mereka suka. Tapi, budi bahasa (Y)!

Satu lagi yang agak saya respek selain mereka seolah-olah tak pandai marah, mereka tidak mudah menyalahkan orang lain! Di Malaysia, malaysia lagi.. hmm.. hakikatnya malaysia jauh memiliki kesantunan kerana malaysia merupakan negara Islam. Walaubagaimanapun seolah-olahnya di Malaysia sudah dibudayakan setiap kesalahan mesti kena ada pesalah yang dipertanggungjawabkan! Contohnya, jika ada kecacatan dalam satu organisasi, pasti ada jari-jari yang menuding! Malah saling menuding! Dan masalah selesai bila tepat individu itu disabit bersalah! Mungkin salah telahan saya ini. Perbetulkan sahaja kesalahan kan selesai.. ini masalah tak selesai tapi makin berpecah. Lari tajuk nampaknya..

‘mereka tidak mudah menyalahkan orang lain!’ Contoh situasi dalam ‘just for laughs’, seseorang yang tidak dikenali minta bantuan membaca peta. Bawah peta itu di cat warna dan peta itu diletakkan di atas kereta tak tau pemiliknya dan.. pemilik kereta datang.. peta dialih.. dan... “roll tape.. n.. action!!” itulah wajah-wajah yang satu dunia nak tengok.. panik! terkejut! pelik! menjerit! kaku! kelu! muka bersalah! kita pun ketawa... takde pun kata : “peta ni bukan aku punya.. dia mintak tolong.. aku tak kenal dia pun..” Cuma.. buat muka terkejut dan terdiam..

Pastu, tuan kereta sambil terkejut macam.. “Encik, apa hal ni?! sebelum aku marah.. baik kau explain kenapa kereta aku macam ni?”

Kalau kat malaysia, kena belasah sampai pengsan dulu baru tanya sebab.

Situasi lain, seseorang yang tidak dikenali minta tolong jagakan kereta yang pintu bonetnya rosak tidak boleh ditutup dan dalam bonet tu ada barang penting dan berharga. Sambil si baik hati menunggu pemilik kereta datang, lalu seorang yang... gemuklah senang cerita. Tiba-tiba terseliuh kaki betul-betul dihadapan si baik hati ni. Dan dengan baik hatinya terus membantu si seliuh ni duduk atas bonet kereta dan... prap!! apa yang pecah entah sehingga tayarnya senget! Logiknya disebabkan beban yang sangat besar! Kerana takut, si seliuh ni lari! Elok je si seliuh hilang dari pandangan, tuan punya kereta ni datang dan si baik hati ni cuma buat muka bersalah dan terdiam. cuma? cuma tu je? takde nak pertahankan diri sendiri dan tuding! tuding! tuding! Memang betul pun si seliuh yang bersalah! Saya saksi! Saya! Saya yang menonton ‘just for laughs’ tu! Hahaha! ‘Evil grin..’ patutlah maskot ‘just for laughs’ tu warna hijau. green, grin, macam sama je. Tak! Sangat kontra! ‘green’ penuh simbolik yang baik. Tapi ‘grin’ tak..

Sumber: Facebook
==========================
Tidak perlu minta izin. Sila kongsikan (Share)
Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan seluruh manusia
==========================
Get thiswidget

2 ulasan:

  1. Kt malaysia banyak dh terpengaruh dengan budaya negatif luar.. yg positif tu jarang nak ikot.

    BalasPadam
  2. Betul tu... lagipun kt media masih kurang tunjukkan budaya positif... tu yg susah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate