14 November 2012

Salam Maal Hijrah

BAGAIMANA HIJRAH 1434 KITA? Tahun baru selalunya sinonim dengan azam baru, cita-cita dan target apa yang mahu dicapai pada tahun itu. Tiap tahun kita memerhatikan hijrah manusia-manusia di sekeliling kita. Hijrah watak, imej dan pemikiran yang alhamdulillah hasil dari kematangan hidup juga hijrah hasil kurniaan rahmat rezeki Allah. Namun, bila kita fahami falsafah hijrah Rasulullah s.a.w melalui sabab nuzul (sebab turun) ayat 2 Surah al-Ankabut maksudnya : “Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan berkata bahawa kami ini beriman sedang mereka tidak diuji” yang mana asalnya ia menceritakan tentang kesulitan hijrah para sahabat dari Mekah ke Madinah, diburu kaum musyrik kemudian dibawa kembali ke Mekah. 

Mana mungkin jiwa Muhajirin dapat dimatikan sedang ganjaran pahala dan keredhaan Allah terletak pada kejayaan hijrah mereka. Kita? Tiada lagi hijrah selepas Fathul Makkah. Yang tinggal adalah jihad amal ma’ruf nahi mungkar. Persamaannya? Tiap kali kita cuba untuk berhijrah, ada sahaja keadaan-keadaan yang menarik kita kembali semula ke situasi yang lama. Hanya mungkin dugaan kita tidaklah sedasyat hijrah sahabat sehingga diminta meninggalkan agama Islam dan kembali menyembah berhala. Malah ada yang disiksa dengan kejam. Hidup kita sudah terlampau selesa sebenarnya. 

Firman Allah s.w.t dalam Surah al – Ankabut ayat 64 maksudnya : “ Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan hiburan dan permainan” atau dengan bahasa mudahnya,kehidupan dunia ini cuma hiburan dan permainan semata-mata. Harta, cinta, wanita, tahta (pangkat atau kuasa) dan segalanya tentang isi dunia ini hanyalah hiburan dan permainan semata-mata. Apa salahnya dengan hiburan dan permainan itu? Manusia impikan kehidupan yang bahagia. Hiburan itu kan bahagia! Bila lagi kita mahu mencipta sesuatu yang membanggakan diri? Mencipta kemanisan hidup dan menjadikannya kenangan terindah sewaktu di dunia. 
Lagi firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 64 maksudnya : “Sesungguhnya negeri akhiratlah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui”. Jika hari ini kita sentiasa mengenangkan kenangan dan segala perasaan dari liku-liku hidup yang kita lalui, mungkinkah segala kenangan itu akan kita bawa ke dunia yang satu lagi? Hanya yang hidup sahaja yang akan membisikkan pada si mati “akan ku pahat segala kenangan kita di hati ini selamanya” atau “wahai sayang, jangan lupa kenangan kita bersama”. Sedang bagi si mati tiada ertinya lagi kenangan dan segala kesan duniawi sama ada nama, pangkat, harta dan sebagainya melainkan ia membawa kepada azab neraka atau ganjaran syurga. 
Ke mana tercampaknya nilai sentimental itu? Sedang firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 28 : “Tidaklah penciptaan kalian (di dunia) dan tidak juga kebangkitan kalian (di akhirat) kecuali seperti jiwa yang satu”. Maksudnya jiwa yang sama, jasad yang sama dan orang yang sama! Tapi dalam dunia yang berbeza, dimensi yang berbeza dan situasi yang berbeza. Dasyatkah kematian itu sehingga menyebabkan hilangnya ingatan pada memori persahabatan, kekeluargaan dan cinta di dunia? Sekarang sedar “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah tuhan sekalian alam”…
Sumber : Facebook
==========================
Tidak perlu minta izin. Sila kongsikan (Share)
Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan seluruh manusia
==========================
Get thiswidget

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate