Abu Hurairah R.A. berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
-Sahih Muslim-
****************************************
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah(Allah) jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Luqman 31:14-15)

Perkongsian:
- Dalam dunia ini ibu adalah orang yg pertama sekali utk kita layan dengan sebaik-baiknya. seperti dalam hadith yg diriwayatkan Sahih Muslim, sehingga 3x Rasulullah sebut ibu, kemudian barulah bapa....
- Firman Allah dalam surah Luqman ayat 14 menerangkan kewajipan berbuat baik kepada ibu, dan peringatan bahawa kesusahan yg telah dihadapi oleh ibu ketika mengandungkan anaknya. Maka hendaklah kita bersyukur kepada Allah SWT.
- Surah yg sama ayat 15 pula menerangkan bahawa sekiranya ibu itu menyuruh kepada syirik, barulah Allah memerintahkan supaya tidak mentaatinya akan tetapi sekalipun ibu telah syirik, Allah tetap memerintahkan supaya kita melayan atau bergaul dengan cara yg baik.
- Begitulah mulianya martabat seorg ibu bagi seorg anak sehingga seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad. Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”
Wallahua'alam....
moga Allah memanjangkan umur para ibu~
BalasPadam"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil"
BalasPadam