Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari
14 November 2011
Mudahnya Sedekah
Berita Gembira
11 November 2011
09 November 2011
Seksualiti Merdeka; Hak Asasi Manusia?
KHA, 10 NOV 2011 09:14 | SUHILI NAIN | KASIHSAYANG
Adam mengeluh panjang sambil melayangkan pandangannya ke siling. Dia kagum dengan negara barat yang membenarkan rakyatnya untuk bebas bersuara, menyuarakan kehendak mereka dan bebas untuk berbuat apa yang mereka suka.Adam yang duduk dikerusinya sambil merenung skrin komputer semenjak tadi dengan senyap tiba-tiba bersuara, "Kata ini negara demokrasi, ada kebebasan bersuara, tapi bantah pula program Seksualiti Merdeka!" katanya, merungut tidak puas hati.
Adam bukanlah seorang pengamal seks luar tabi'i, tetapi dia cuma kecewa dengan kebebasan bersuara di Malaysia yang dikatakan sebagai negara demokrasi, tapi hakikatnya kebebasan bersuara itu masih terbatas. Baginya negara Malaysia jauh ketinggalan dengan negara barat disebabkan bersifat tertutup dengan kebebasan bersuara bagi sesetengah pihak.
08 November 2011
Hukum pakai seluar 3 suku

عَنِ الْعَلاَءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ اَبِيْهِ قَالَ : سَاَلْتُ اَبَا سَعِيْدٍ عَنِ اْلاِزَارِ فَقَالَ : أخْبِرُكَ بِعِلْمٍ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ :اِزَارَةُ الْمُؤْمِن اِلَى نِصْفِ السَّاقَيْنِ ، وَلاَ جُنَاحَ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْكَعْبَيْنِ . فَمَااَسْفَلَ مِنْ ذَلِكَ فَفِى النَّارِ ، لاَ يَنْظُرُ اللهُ اِلَى مَنْ جَرَّ اِزَارَهُ بَطرًا.
“Dari ‘Ala bin Abdulrahman dari bapanya berkata: Aku bertanya kepada Abu Saied tentang kain (pakaian). Maka beliau berkata: Aku khabarkan dengan ilmu, aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Pakaian seorang mukmin sehingga pertengahan dua betis. Tidak mengapa di antara betis dan maka kaki. Maka apa yang di bawah mata kaki maka dia di neraka, Allah tidak melihat orang yang melabuhkan pakaiannya dengan megah (sombong)”.
07 November 2011
Bukan Kerja Kita Promosi Keaiban

02 November 2011
Zikir Taubat
Perkara yang perlu kita tahu
31 Oktober 2011
Kufur bit Tâghût!

30 Oktober 2011
Berhibur sambil muhasabah diri
.jpg)
Saya memang minat lagu2 nasyid tahun 90-an..antarnya dendangan Al-Mizan, Al-Jawaheer dan sebagainya...
25 Oktober 2011
Solat selepas haid - Qadha' atau tidak

19 Oktober 2011
Himpunan lagi

Pertama sekali, Edyes bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Hadi Awang kerana bertindak bijak dengan tidak membenarkan PAS terjerumus ke dalam tipu muslihat golongan munafik. Keputusan kepimpinan PAS wajar dipuji kerana ia bukan sekadar keputusan yang terburu-buru malah telah mengambil kira dari pelbagai sudut penting dalam membuat ketetapan, terutamanya dari sudut 'bagaimana kerajaan menangani isu murtad?'
18 Oktober 2011
Bertaubatlah!

11 Oktober 2011
Titah Sultan Brunei laksana Undang-undang Islam
Tanda-tanda kiamat

09 Oktober 2011
Beza Hudud dan Sivil
![[Image: image001.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhui2bME0YrTMCQ_Lei_MOYTT1d20pqPGA6jtbNRePpmEET2GFJ46jyMjtZ5jafUVLPdVYZ4OEFpzdUxSlYcQauCAAfLBPmx7-siA8qch7H03HrGf94hr0FQaQ6TVLX-T1c9yhzcBD43p-k/s1600/image001.jpg)
06 Oktober 2011
Perniagaan yang tiada kerugian

28 September 2011
Antara Nikmat di Syurga

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha....
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
21 September 2011
Soheh Al-Bukhari - 5
18 September 2011
Penjualan Ayat Al-Quran
Masuk ke masjid ketika haid
12 September 2011
Fakta sejarah mengikut perspektif?
Komunis pulak....
Rakyat perlu tolak komunis versi Pas
BAGAN DATOH 11 Sept. - Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri hari ini mengajak rakyat menolak jenama baru yang cuba diberikan Pas kepada pengganas komunis kerana ia jelas bertentangan dengan fakta dan sejarah sedia ada.
Dalam kenyataan bersama kedua-dua menteri di kementerian berkenaan menegaskan, jenama baru yang mengangkat pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan itu bukan sahaja salah tetapi satu penghinaan kepada anggota dan bekas pasukan keselamatan negara iaitu polis dan tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas tentera dan polis berasa amat kesal, cukup tersinggung dan terhina dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
''Apabila Timbalan Presiden Pas memberikan jenama baru kepada komunis sebagai pejuang kemerdekaan, bekas tentera dan polis tidak dapat menerimanya.
================================
Jawab...jangan tak jawab....
Mat Sabu: Umno mewarisi sikap penjajahGOMBAK, 11 Sept ─ Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menjadi serangan Umno terus-menerus sejak tiga minggu lalu berkata, parti Melayu kebangsaan itu mewarisi sikap penjajah yang menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka.
Bercakap pada ceramah Negara Berkebajikan: Tawaran PAS malam tadi, Mohamad (gambar) berkata, beliau sedih apabila dituduh mengagung-agungkan komunis.
“Saya dulu pernah ditahan ISA atas tuduhan pelampau agama, walaupun sudah lebih 30 tahun saya melalui jalan yang mendokong perjuangan Islam, bersama-sama mendokong kepimpinan ulama yang bermula pada 1983, berada di sini sehingga sekarang sebagai timbalan presiden, terus mendokong dasar Islam, tiba-tiba sekarang dituduh komunis... tak sedihkah? Jahat sungguh,” kata beliau.
“Tuduhan ini bukan perkara baru, pemimpin kita yang berjuang lebih awal dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk pengganas sehingga orang seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilabel sebagai penjahat ditangkap dan diletakkan di Pulau Jerejak, begitu ulama yang lain yang menerima tuduhan seperti itu oleh penjajah.
“Dan, serangan penjajah Umno mewarisinya. Apa punca jadi begini? Saya amat cintakan tanah air, kita berada di Malaysia tanah tumpah darah,” katanya.
Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” menegaskan, apa yang dibangkitkan dalam ceramahnya di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu adalah rasa terkilan melihat ramai rakyat tidak menyambut seruan meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaan.
“Saya melihat makin tahun orang tak sambut hari Merdeka, saya dah bercakap hal ini 10 tahun kebelakangan ini, menjelang Hari Merdeka kawan-kawan dah boleh hafal apa yang saya mahu katakan. Cuma tahun ini cukup ketara, pemerintah melalui televisyen, radio dan akhbar menyuruh rakyat meletakkan bendera untuk tanam sifat patriotik sambut Merdeka, saya lihat tiada orang pun yang buat.
“Kenapa rakyat tidak sambut? Ini bukan pasal ucapan saya di Pulau Pinang, saya sebut perayaan Merdeka sudah jadi perayaan Umno, bukan perayaan rakyat Malaysia,” katanya.
Soheh Al-Bukhari - 4
09 September 2011
08 September 2011
Sejarah oh Sejarah...
Putar belitkan fakta sejarah tidak diterima
KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong ternyata terus mengecewakan orang Melayu dan rakyat.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Syed Osman Mansor berkata, kedegilan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang tidak mahu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada pihak yang terlibat telah memburukkan lagi keadaan.
"Malah, sokongan kepada beliau oleh rakan-rakan dari Pas menyemarakkan lagi kemarahan dan kekecewaan rakyat.
"Rakyat tidak boleh terima hasrat Mat Sabu untuk memutarbelitkan fakta sejarah kemerdekaan negara. Jika ia tidak diselesaikan dengan segera, ini akan menimbulkan ketegangan dan sekali gus mencetus masalah dari sudut rakyat majmuk negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Syed Osman berkata, Perkasa Kedah turut marah dengan sikap pemimpin politik yang meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan agama, bangsa dan negara seperti yang ditonjolkan oleh Mat Sabu.
"Persoalannya ialah apakah matlamat sebenar kenyataan Mat Sabu itu sehingga beliau tergamak menidakkan sumbangan dan pengorbanan anggota polis sendiri.
"Justeru itu, kerajaan perlu menyekat dan mengambil tindakan segera ke atas sebarang bentuk provokasi yang boleh menghuru-harakan negara. Pihak berwajib seperti Kementerian Dalam Negeri perlu bertindak tegas dalam menangani isu ini," katanya.
====================================
agaknya siapa sebenarnya yg putar belitkan sejarah???
06 September 2011
Ceramah Agama: Macamana ni?
SHAH ALAM, 6 Sept: Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru apabila mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah.
(Khalid dan Dr Rani yang kini menjadi mangsa terbaru Jais)
Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang.
Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini.
Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.
"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily.
Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Sebelum ini, Jais mendapat kritikan pelbagai pihak apabila didakwa membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya.
Jais pula berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan bukannya serbuan di gereja itu atas dakwaan dan maklumat ada usaha mengkristiankan umat Islam.
Ekoran itu, 12 orang Islam yang berada dimajlis itu sedang disiasat oleh Jais.
PAS pula mendesak Jais mendakwa mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar mana-mana peraturan ekoran dakwaan Jais itu.
Sebelum itu, usaha PAS untuk berbincang dengan Jais dan Gereja gagal apabila kedua-dua pihak tidak bersedia berbuat demikian.
Setiausaha Agung PAS. Datuk Mustafa Ali pula mendakwa, ada tangan-tangan Umno di belakang tindakan Jais ini. Ekoran itu, Umno Selangor berkata Mustafa akan disaman. Mustafa pula menjawab pihaknya sedia bertemu Umno di mahkamah dan akan memberikan bukti dakwaan beliau di mahkamah.
Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semasa tazkirah Ramadhan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini.
"Saya memberikan tazkirah tentang cerita yang berlaku di zaman Saidina Ali menjadi khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin baginda dapati baju besi baginda hilang.
"Apabila pulang baginda dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu baginda berkata itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, ini aku punya.
"Lalu kes ini dibawa ke mahkamah Islam ketika itu iaitu Qadhi. Qadhi bertanya Saidina Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu baginda yang punya.
"Saidina Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu Hassan dan Husein. Qadhi kata, kedua-duanya tidak boleh jadi saksi yang adil kerana mereka berdua anak baginda. Jadi kes ini ditolak oleh Qadhi dan jadilah baju besi itu milik Yahudi itu.
"Saya ingin beritahu kepada hadhirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam sahaja bahkan kepada Yahudi pun hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri.
"Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan," cerita Khalid tentang tazkirah yang diberikannya.
Soheh Al-Bukhari - 3
***********************
22 Ogos 2011
Hak Lelaki Terhadap Wanita

Gambar hiasan sahaja...
(An-Nisaa 4:34)
Ayat ini jelas, kita boleh ambil pengajaran terus dari ayat ini
Pengajaran:
- Lelaki adalah pemimpin & penjaga kepada kaum wanita Allah telah memberi kelebihan kepada kaum lelaki daripada wanita (Allah sahaja yg tahu apa kelebihan tersebut)
- Lelaki wajib memberi nafkah sebahagian hartanya kepada wanita(isteri)
- Wanita wajib menjaga kehormatan dirinya. Ketika suami tiada disisi isteri, Allah akan menjaganya (selagi wanita tersebut solehah iaitu taat kepada segala perintah Allah dan suaminya)
- Allah memerintahkan sekiranya isteri derhaka, suami hendaklah menasihatinya, jika isteri tidak mahu mendengar nasihat, hendaklah suami tidur berasingan dengan isteri, sekiranya isteri masih berdegil, maka suami dibenarkan memukul isteri sebagai pengajaran dan bukannya sebagai tempat melepaskan kemarahan atau geram.
- sekiranya isteri taat kepada suami, janganlah suami mencari-cari jalan untuk menyusahkan isteri seperti menyuruh melakukan kerja-kerja berat, mencari kesilapan isteri yg sengaja atau tidak sengaja dan sebagainya.
Wallahua'alam...
01 Ogos 2011
Doa Di Bulan Ramadhan
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Al-Mubarak.
Alhamdulillah kita dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu kembali bagi melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan.
Bulan ramadhan juga adalah salah satu masa yg mustajab untuk berdoa. Kita sering berpegang pada firman Allah yg bermaksud: "...berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku perkenankan permohonan kamu..."
Tetapi jangan kita ambil separuh sahaja dari ayat tersebut. Ia adalah potongan ayat dari surah (Ghafir 40:60) berbunyi:
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
Manakala ayat lain, Allah menyuruh kita berdoa dengan syarat:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah 2:186)
27 Februari 2011
Tentang Ibu

Abu Hurairah R.A. berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
31 Januari 2011
Demi Matahari

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Alhamdulillah Syukur, pada hari ini dapat lagi aku melihat kelangit menikmati keindahan cahaya matahari ciptaan Allah SWT. Ini bermaksud aku masih diberi nyawa oleh Allah...
Allah menjadikan matahari bersinar-sinar bagi memudahkan perjalanan masa dimuka bumi seperti firman Allah yg bermaksud:
Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
(Yunus 10:5)
11 Januari 2011
Melagukan Bacaan al-Quran
(Muslim)
Huraian :
- Adat manusia menyukai akan seni lagu walaupun mempunyai selera dan rentak yang berbeza. Lagu dan irama biasanya dapat memberi keselesaan kepada perasaan manusia yang mendengar.
- Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya.
- Cara membacanya dengan tartil akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya.
- Sebab itu Ummu Salamah r.a. ketika membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu.
- Oleh itu orang yang sentiasa membaca al-Quran dengan baik dan sempurna akan mempunyai hati dan jiwa yang lembut kerana ia memahami tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta janji-janji Allah yang terkandung dalam ayat yang dibacanya itu.
20 Disember 2010
Besar dan Yang Lebih Besar Ganjarannya
(Muslim)
1. Bersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian.
2. Nafkah adalah lebih daripada hanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan nafkah adalah memberikan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan dan perkara-perkara yang munasabah bagi kehidupan seseorang anggota keluarga.
3. Keluarga yang bahagia akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Keberkatan jua akan melimpah sekiranya setiap tanggungjawab itu dilakukan dengan mengambilkira kedudukan halal dan haramnya. Tidak semata-mata ingin mengecap kesenangan dengan jalan yang mudah sehingga akhirnya membawa padah kepada keluarga dan merosakkan rumahtangga.
16 Disember 2010
Islam dan Pekerjaan
Huraian :
- Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad.
- Bekerja adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam mencapai kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup.
- Seseorang itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah yang diterima daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang dibuat hendaklah diniatkan kerana Allah.
- Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah iaitu:
- Mendapat balasan dalam bentuk material (gaji)
- Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau menyelesaikan kerjanya
- Mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat.
- Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya.” .
14 Disember 2010
Idola Teladan
Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.”
(Muslim)
Huraian :
- Rasulullah s.a.w adalah manusia sempurna yang kaya dengan sifat-sifat yang terpuji. Justeru, baginda adalah orang yang wajib dicintai dan diteladani melebihi manusia yang lain sepertimana firman Allah yg bemaksud "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" Al-Ahzab 33:21.
- Bagindalah idola yang sepatutnya dipuja-puja oleh kita selaku umat Islam, dulu, kini dan selamanya sama ada oleh sesiapa sahaja, golongan remaja, kanak-kanak mahu pun dewasa.
- Jika kita hidup di zaman baginda, nescaya bagindalah orang terbaik yang sentiasa ingin kita tiru gaya hidupnya, penampilannya sepertimana para remaja kita sekarang yang memuja dan meniru apa sahaja yang dipakai, dibuat, dilakukan atau apa jua yang berkaitan dengan diri orang yang diminatinya. Semuanya baik belaka.
- Rasulullah contohnya pandai memikat hati sesiapa sahaja yang melihat atau merasa kehadiran baginda. Manakan tidak, baginda tidak pernah menyakiti hati sesiapa. Ketika bersalaman, baginda tidak melepaskan tangan sehingga yang dijabatnya itu melepaskannya.
- Rasulullah mengangkat tangan dan memberikan salam apabila melepasi kumpulan kanak-kanak sebagai tanda hormat dan kasih baginda kepada mereka, tidak kurang juga baginda menghormati orang-orang tua, kawan mahupun lawan.
- Inilah sifat sejati seorang yang pandai menjaga hati peminatnya. Baginda melakukan semua itu bukan untuk menjaga hati orang lain atau pun demi populariti dirinya sendiri sebagai seorang rasul tetapi dilakukan semua itu kerana ingin menjaga maruah Islam yang amat mulia. Baginda bukan menjadi fitnah kepada agama apalagi hingga membawa kesesatan kepada orang yang menyukainya.
13 Disember 2010
Islam Bersifat Terbuka
Riwayat Bukhari & Muslim
Huraian :
- Islam adalah agama yang mudah dan ia memberikan kebebasan kepada umatnya untuk mengeluarkan pendapat terutama dalam urusan yang menyentuh hal keduniaan seperti dasar peperangan, urusan pentadbiran, pertanian, perekonomian dan sebagainya.
- Berfikiran terbuka akan membolehkan kita mudah diterima oleh orang lain dan ini akan merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain apalagi jika sikap ini dimilki oleh seorang pemimpin dengan rakyatnya.
- Dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat, setiap individu hendaklah mengamalkan sikap berani kerana benar iaitu sesiapa yang melihat berlakunya penyimpangan dari perkara yang sebenarnya maka hendaklah ditegur dan dinasihati dengan cara yang baik. Manakala orang yang ditegur itu pula mestilah bersikap terbuka untuk menerima kenyataan dan memperbaikinya demi untuk kebaikan semua pihak.
12 Disember 2010
Sempadan Ketaatan
Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya:
“Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Satibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”
(Muslim)
Huraian :
- Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya.
- Manakala kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan seharusnya tidak ada hijab yang menghalangnya.
- Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus akan memberikan kita gambaran sejauh manakah sesuatu perintah seseorang ketua itu wajib ditaati.
- Sekadar pertimbangan akal semata tidak ada jaminan yang sesuatu perintah itu wajib dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional juga tidak memadai. Sekadar berpandukan orang ramai yang juga melakukannya juga belum ada jaminan ia selari dengan syarak.
- Justeru hanya sifat manusia yang memiliki jiwa hamba yang tinggi yang akan patuh dan taat kepada perintah Allah. Keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng.
- Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilih jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.
09 Disember 2010
Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat
"Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang."
Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian :
- Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya
- Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.
- Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.
- Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.
- Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.
08 Disember 2010
Insan dan Hubungannya dengan Masyarakat
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya."
(al-Bukhari dan Muslim)
Huraian:
07 Disember 2010
Mentaati Kedua Ibu Bapa
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."
Riwayat al-Hakim
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.



