08 September 2011

Sejarah oh Sejarah...


Putar belitkan fakta sejarah tidak diterima

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong ternyata terus mengecewakan orang Melayu dan rakyat.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Syed Osman Mansor berkata, kedegilan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang tidak mahu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada pihak yang terlibat telah memburukkan lagi keadaan.

"Malah, sokongan kepada beliau oleh rakan-rakan dari Pas menyemarakkan lagi kemarahan dan kekecewaan rakyat.

"Rakyat tidak boleh terima hasrat Mat Sabu untuk memutarbelitkan fakta sejarah kemerdekaan negara. Jika ia tidak diselesaikan dengan segera, ini akan menimbulkan ketegangan dan sekali gus mencetus masalah dari sudut rakyat majmuk negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Osman berkata, Perkasa Kedah turut marah dengan sikap pemimpin politik yang meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan agama, bangsa dan negara seperti yang ditonjolkan oleh Mat Sabu.

"Persoalannya ialah apakah matlamat sebenar kenyataan Mat Sabu itu sehingga beliau tergamak menidakkan sumbangan dan pengorbanan anggota polis sendiri.

"Justeru itu, kerajaan perlu menyekat dan mengambil tindakan segera ke atas sebarang bentuk provokasi yang boleh menghuru-harakan negara. Pihak berwajib seperti Kementerian Dalam Negeri perlu bertindak tegas dalam menangani isu ini," katanya.


====================================


agaknya siapa sebenarnya yg putar belitkan sejarah???




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate