Memaparkan catatan dengan label Bacaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bacaan. Papar semua catatan

30 Disember 2011

Satu cerita benar untuk renungan

Kisah liku-liku anak paderi bertukar agama dari Kristian kepada Islam

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.

Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.

07 Disember 2011

Pahala membaca Quran


Perkongsian pada hari ini adalah mengenai balasan/pahala/kebaikan yg Allah beri kepada sesiapa yg membaca Quran


Ibnu Mas'ud berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Siapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (Alquran ), ia akan mendapatkan satu kebaikan yang nilainya sama dengan 10 kali ganjaran (pahala). Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf."

(HR Tirmidzi). Hadis dari Ibnu Mas'ud ini diperkuat dengan hadis serupa dari Abi Sa'id.

02 Disember 2011

Naskah Al-Quran terkini

Baru ni saya ada tertarik dengan naskah terbaru Al-Quran...iaitu versi terjemahan per-kata. Ianya memang istimewa kerana terjemahan yang biasa kita lihat dalam naskah tafsir adalah terjemahan mengikut ayat. contoh:


manakala tafsir per-kata yang dilengkapi asbab nuzul pula begini:

14 November 2011

Mudahnya Sedekah

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anggota kamu pada setiap hari berbuat sedekah, kerana setiap tasbih yang diucapkan itu sedekah, setiap tahmid itu merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, setiap yakbir itu merupakan sedekah dan setiap suruhan kepada kebaikan itu merupakan sedekah. Begitu juga setiap larangan kepada kejahatan merupakan sedekha dan cukuplah semua itu digantikan dengan dua rakaat solat yang dikerjakan pada waktu dhuha (solat sunat dhuha)

Hadirh riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

11 Januari 2011

Melagukan Bacaan al-Quran

Melagukan Bacaan al-Quran

Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:” Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapat menyamai izin-Nya kepada nabi s.a.w untuk melagukan bacaan al-Quran.”

(Muslim)

Huraian :

  • Adat manusia menyukai akan seni lagu walaupun mempunyai selera dan rentak yang berbeza. Lagu dan irama biasanya dapat memberi keselesaan kepada perasaan manusia yang mendengar.
  • Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya.
  • Cara membacanya dengan tartil akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya.
  • Sebab itu Ummu Salamah r.a. ketika membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu.
  • Oleh itu orang yang sentiasa membaca al-Quran dengan baik dan sempurna akan mempunyai hati dan jiwa yang lembut kerana ia memahami tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta janji-janji Allah yang terkandung dalam ayat yang dibacanya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate