22 November 2009

Niatkan Sedekah Untuk Si Mati

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(surah al-Baqoroh : ayat 261)


belanja harta umpama tanam 1 benih kemudian jadi pokok yg keluarkan byk lagi benih yg kita sendiri pun tak pernah kira berapa jumlahnya tapi yg pasti "byk" bkn cuma 10-20 biji je & ia akan keluarkan hasil berulang2 bknnya hanya semusim. jadi, sementara hidup ni byk2kanlah tabur benih (sedekah). jgn dah mati baru mengharapkan org yg hidup bersedekah dgn meniatkan nama kita (mewakili kita) dgn harapan pahala org yg mati tu bertambah

21 November 2009

Rasulullah menangis mendengar ayat al-Quran

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Bacakan Al-Quran kepadaku. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, adakah aku harus membacakan Al-Quran kepada kamu, sedangkan Al-Quran itu diturunkan kepada kamu! Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku suka mendengarnya dari orang lain. Lantas aku membaca surah An-Nisa' sehinggalah aku sampai pada ayat: فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَي هَؤُلَاءِ شَهِيدًا Yang bermaksud: Dan kami datangkan kamu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka (umatmu). Kemudian aku mengangkatkan kepalaku atau secara tiba-tiba seseorang berada di sampingku, ketika itu aku mengangkatkan kepala dan aku melihat baginda mengalirkan air matanya (hadis riwayat muslim)


ayat Quran tu menyentuh hati Rasulullah mungkin sbb Rasulullah m'bayangkn tanggungjawabnya pd umat. kadang kita baca Quran dgn riak nak tunjuk suara sedap. susah kan nak menangis sbb rasa diri ni hamba yg perlukan byk muhasabah, bkn menangis baca Quran sbb saje nak keluarkan air mata. mungkin dgn mendengar bacaan Quran org lain lbh dpt dihayati berbanding baca sendiri. ye ke?

dengki yg dibenarkan

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain (hadis riwayat muslim)


cuma 2 iri hati yg dibenarkan:1, b'lumba2 sedekah. 2, b'lumba2 m'cari & memanfaatkn ilmu

Hadis Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali pada dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dianugerahkan Al-Quran dan dia membacanya sepanjang siang dan malam. Juga terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan lalu dia membelanjakannya dengan baik pada waktu malam dan juga pada waktu siang (hadis riwayat muslim)


serupa gak mcm hadis tadi. cuma bezanya, yg dimaksudkan ilmu tu ialah ilmu al-Quran

20 November 2009

cara masuk syurga?

Sabda Nabi s.a.w: Barangsiapa memudahkan kesulitan saudaranya nescaya Allah s.w.t akan memudahkan jalannya ke syurga (hadis riwayat muslim)


tugas kita byk menensionkan. kadang-kadang org yg dengki saje je nak bg kita lagi tension.tapi kawan2 dan org yg bekerja dgn kita, kita pahamla masalah & kekangan dorang. x salah bg ruang & peluang utk dia setlekan kerja dgn selesa. kita bantula ape2 yg sepatutnya

indahnya akhlak rasulullah

Anas b. malik meriwayatkan: aku sudah 10 tahun melayan rasulullah s.a.w. demi Allah, Rasulullah belum pernah mengatakan "his" kepadaku, dan belum pernah mengatakan: mengapa engkau tidak dapat mengerjakan ini begini (hadis rwyt muslim)

anas bin malik jd khadam rasulullah sejak kanak2. indahnya akhlak rasul kpd kanak2 & khadamnya. tp dunia ni hakikatnya ayat "his" & "knp x dpt wat ni begini?" dah jd lazim

Sabda Nabi s.a.w: Aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg mulia

ungkapan cinta, rindu, sayang pd rasulullah, ikut sunnah nabi selalu diungkap manusia. tapi hakikatnya akhlak rasulullah yg indah tidak dicontohi. sebaliknya perbuatan dan percakapan yg tak manis jugak yg dilazimkan

Sabda Rasulullah s.a.w: Akhlak yg baik dpt menghapuskan kesalahan, bagaikan air yg menghancurkan tanah yg keras. dan akhlak yg jahat merosakkan amal, seperti cuka merosak manisnya madu (hadis riwayat baihaqi)

sekarang ni susah nak cari manusia yg benar2 cantik akhlaknya

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiada sesuatu yg lebih berat dlm timbangan seorang mukmin di hari kiamat drpd husnul-khuluq (baik budi). Dan Allah membenci pd org yg keji mulut atau kelakuan. dan org yg akhlaknya baik, dapat menyusul (mencapai) darjat org yg berpuasa yg beribadah di malam hari (hadis riwayat Tirmizi)

akhlaq baik tu timbangan paling berat kat padang mahsyar! puasa & ibadah mlm pun tak seberat tu!!

18 November 2009

Kejiranan

nabi s.a.w b'sabda: demi Allah, dia tidak b'iman! demi Allah, dia tdak b'iman! seorg sahabat b'tanya : siapa dia ya Rasulullah? jwb nabi s.a.w: org yg tetangganya tidak aman dr keburukannya

jadi, jgn gaduh2, dengki2, umpat2, ngate2, sakit2 hati @ sakit2kan hati jiran ye..(budaya melayu..)

Nabi s.a.w bersabda: tidaklah beriman dengan baik kepadaku orang yang bermalam dengan perut kenyang, padahal tetangganya berbaring dalam keadaan lapar, sedang ia mengetahui keadaan tetangganya itu (hadis riwayat al-Bazar)

kadang sukar nak bahagikn rezeki kita pd org lain sbb zaman sekarang kewangan sgt m'jd kehendak walaupun bukan keperluan. hanya yg sedar saja dapat penuhi tuntutan agama ini

Seseorang bertanya kpd Rasulullah: ya Rasulullah! bahawa Fulanah terkenal rajin solat dan berpuasa serta banyak sedekahnya. tapi ia suka menyakiti tetangga dgn perkataannya. Nabi s.a.w bersabda "Ia masuk neraka" Kemudian org tersebut bertanya lagi: Ya Rasulullah bahawa Fulanah terkenal dgn sedikit solat dan puasanya dan ia bersedekah sedikit dgn sisa-sisa makanan namun tidak suka menyakiti tetangganya. Nabi s.a.w bersabda "Ia masuk Syurga"

hadis ni wat saya terpikir, kalau org tu tak mampu puasa, sibuk dgn tugas @ anak2 sampai xde ruang nak ibadah, ngaji @ solat sunat dan miskin x diberikan rezeki yg selesa, kan sikit pulak pahalanya banding dgn org yg sihat, lapang dan kaya. teringat kisah org yg menghabiskan hidupnya selama 300 tahun dgn beribadah semata2. lalu pd hari akhirat dia minta dia dimasukkan syurga kerana amalannya tapi belum pun selesai pahalanya ditimbang dgn sebelah matanya, pahala ibadah 300 thn tu dah habis. jd sebenarnya kita masuk syurga bkn sbb byk ibadah tp sbb rahmat Allah.
teringat pulak lagi dgn 1 kisah. bila melawat kematian kan kita dielakkan fitnah si mati dgn kononnya kita pulak tau mana dia duduk (syurga @ neraka) sbb kita kenal sifatnya semasa hidup. maksudnya, jgn anggap org yg jahil tu masuk neraka tapi haraplah rahmat Allah utknya ke syurga. berbalik pd hadis di atas, org yg baik akhlaqnya cuma sedekah dgn sisa makanan? jaga diri utk tak sakiti hati org lain je dah cukup besar utk bawa kita ke syurga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate