31 Januari 2011

Demi Matahari






بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum



Alhamdulillah Syukur, pada hari ini dapat lagi aku melihat kelangit menikmati keindahan cahaya matahari ciptaan Allah SWT. Ini bermaksud aku masih diberi nyawa oleh Allah...

Allah menjadikan matahari bersinar-sinar bagi memudahkan perjalanan masa dimuka bumi seperti firman Allah yg bermaksud:

Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
(Yunus 10:5)

Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.
(Al-Furqan 25:61)


Allah juga ada menerangkan bahawa matahari dan bulan itu bergerak ditempatnya seperti yg kita pelajari dalam ilmu sains iaitu bagi setiap planet, bulan, bintang, matahari dan sebagainya beredar di angkasa mengikut orbitnya tersendiri.

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
(Al-Anbiya 21:33)

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
(Ya Seen 36:40)

Itulah orbit yg kita belajar dlm Sains Astronomy. Setiap yg berada diangkasa mengikut peredaran masing-masing, dan tidak pula berlanggar antara satu sama lain. Ia adalah ketntuan Allah SWT utk kita menghayati kekuasaan-Nya dan bersyukur atas nikmat kurnia-Nya.

Pada satu hari nanti juga akan berlakunya perlanggaran antara bulan dan matahari. Ianya belum dapat diramal oleh ahli sains astronomy. Hanya Allah sahaja yg tahu bila akan berlakunya hari tersebut. Ia dijelaskan dalam firman Allah :

Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
(Al-Qiyama 75:9)

Maka selagi kita masih boleh melihat matahari, maka hendaklah kita bersyukur kepada Allah sepanjang hari seperti yg diperintahkan kepada Nabi Muhammad SAW :

Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu) dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam. (Qaf 50:39)

Wallahua'lam....



search the truth at Al-Quran Explorer
juga gunakan Islam Widget utk kemudahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate