Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari
20 Disember 2012
Akhlak Rasulullah
05 Disember 2012
Just for laugh
‘JUST FOR LAUGHS’ tahu cerita ini? Cuba perhatikan..
Ha!? Terkejut sahaja? Buat muka pelik? Tak marah pun? Sopannya rakyat negara mat saleh ini bila berhadapan situasi pelik. Hmm.. kalau di malaysia, latahannya berbeza. Bayangkan tiba-tiba kereta kita tertimpa batu besar (palsu je..) sebaik sahaja kita terdengar bunyi dentuman yang kuat? Dalam pada itu, kita lihat pekerja-pekerja binaan sedang ke
lam-kabut memulihkan keadaan. Atau, kita lihat ada besi binaan sedang tergantung tinggi, hampir-hampir terjatuh, betul-betul di atas kereta kita, sedang pekerja binaan yang lain sibuk berusaha mengawal situasi. Dan akhirnya.. besi besar itu terjatuh! Dan menimpa kereta kesayangan kita.. Pastinya perkataan-perkataan carut, maki hamun, rupa muka tak payah nak cerita la, dan yang paling utama, minta ganti rugi dengan bahasa dan akhlak yang... geleng kepala kita dibuatnya. Tercampak jauh segala didikan agama yang pernah dipelajari.
Langgan:
Catatan (Atom)