Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad SAW menjelaskan "Seseorang yang sembahyang secara berjemaah adalah lebih baik berbanding dia sembahyang sendirian dirumah ataupun di tempat kerja, iaitu 20 darjat lebih.
Apabila seseorang mengambil sembahyang dengan cara yang betul dan sempurna , kemudian dia pergi ke masjid dengan niat semata-mata mahu bersembahyang, maka setiap kali kakinya melangkah, setiap kali itu juga darjatnya dinaikkan, dan terhapuslah satu dosanya, sampailah dia tiba ke masjid.
BAGAIMANA HIJRAH 1434 KITA? Tahun baru selalunya sinonim dengan azam baru, cita-cita dan target apa yang mahu dicapai pada tahun itu. Tiap tahun kita memerhatikan hijrah manusia-manusia di sekeliling kita. Hijrah watak, imej dan pemikiran yang alhamdulillah hasil dari kematangan hidup juga hijrah hasil kurniaan rahmat rezeki Allah.
Namun, bila kita fahami falsafah hijrah Rasulullah s.a.w melalui sabab nuzul (sebab turun) ayat 2 Surah al-Ankabut maksudnya : “Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan berkata bahawa kami ini beriman sedang mereka tidak diuji” yang mana asalnya ia menceritakan tentang kesulitan hijrah para sahabat dari Mekah ke Madinah, diburu kaum musyrik kemudian dibawa kembali ke Mekah.