Gambar hiasan sahaja...
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. "
(An-Nisaa 4:34)
(An-Nisaa 4:34)
Ayat ini jelas, kita boleh ambil pengajaran terus dari ayat ini
Pengajaran:
- Lelaki adalah pemimpin & penjaga kepada kaum wanita Allah telah memberi kelebihan kepada kaum lelaki daripada wanita (Allah sahaja yg tahu apa kelebihan tersebut)
- Lelaki wajib memberi nafkah sebahagian hartanya kepada wanita(isteri)
- Wanita wajib menjaga kehormatan dirinya. Ketika suami tiada disisi isteri, Allah akan menjaganya (selagi wanita tersebut solehah iaitu taat kepada segala perintah Allah dan suaminya)
- Allah memerintahkan sekiranya isteri derhaka, suami hendaklah menasihatinya, jika isteri tidak mahu mendengar nasihat, hendaklah suami tidur berasingan dengan isteri, sekiranya isteri masih berdegil, maka suami dibenarkan memukul isteri sebagai pengajaran dan bukannya sebagai tempat melepaskan kemarahan atau geram.
- sekiranya isteri taat kepada suami, janganlah suami mencari-cari jalan untuk menyusahkan isteri seperti menyuruh melakukan kerja-kerja berat, mencari kesilapan isteri yg sengaja atau tidak sengaja dan sebagainya.
Wallahua'alam...