18 November 2012

Ganjaran Solat Dimasjid


Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad SAW menjelaskan  "Seseorang yang sembahyang secara berjemaah adalah lebih baik berbanding dia sembahyang sendirian dirumah ataupun di tempat kerja, iaitu 20 darjat lebih.

Apabila seseorang mengambil sembahyang dengan cara yang betul dan sempurna , kemudian dia pergi ke masjid dengan niat semata-mata mahu bersembahyang, maka setiap kali kakinya melangkah, setiap kali itu juga darjatnya dinaikkan, dan terhapuslah satu dosanya, sampailah dia tiba ke masjid. 


Apabila dia memasuki masjid dan sepanjang dia berada didalamnya, dia mendapat pahala berterusan sama seperti pahala sembahyangnya, dengan syarat sembahyang itulah yang menyebabkan dia berada dimasjid. 

Para malaikat berdoa supaya tuhan memberikan rahmat-nya selagi seseorang itu berada di tempat sembahyangnya dengan berkata "Ya Allah, kasihanilah orang ini. Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, terimalah taubatnya." ini berlaku selagi seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara buruk dan selama air sembahyangnya tidak batal"
Sahih Bukhari dan Muslim
Rujukan : Riyadhus Salihin
==========================
Tidak perlu minta izin. Sila kongsikan (Share)
Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan seluruh manusia
==========================
Get thiswidget

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate