31 Oktober 2011

Kufur bit Tâghût!



Mukadimah
Sebahagian para mufassir mentafsirkan Tâghût sebagai berhala tidak bernyawa yang disembah manusia selain dari menyembah ALLAH. Sebahagian lagi mentafsirkan Tâghût sebagai seseorang manusia atau kumpulan manusia yang membawa watak kuku besi dengan mengamalkan kezaliman terhadap sesuatu masyarakat atau rakyat atau kaum.
Pada entri ‘impromptu’ kali ini aku cuba selami beberapa Ayat Suci Al-Qur’an yang bersangkutan dengan Tâghût. Dan sekiranya ALLAH suka menggerakkan jari jemari aku, akan aku paparkan kaedah bagaimana menjauhi Tâghût.

30 Oktober 2011

Berhibur sambil muhasabah diri


Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-Araf 7:200)

Saya memang minat lagu2 nasyid tahun 90-an..antarnya dendangan Al-Mizan, Al-Jawaheer dan sebagainya...

Baru-baru ni ada dengar 1 lagu yang betul2 menyentuh perasaan dan sanubari.
Nasyid adalah dendangan Ahmadi Hassan (saya pon tak kenal) dengan lagunya Godaan dunia.


Marilah sama-sama kita hayati lirik lagu tersebut:

Lagu: Godaan Dunia
Lirik: Ahmadi Hassan

25 Oktober 2011

Solat selepas haid - Qadha' atau tidak

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa @ mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

19 Oktober 2011

Himpunan lagi





Pertama sekali, Edyes bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Hadi Awang kerana bertindak bijak dengan tidak membenarkan PAS terjerumus ke dalam tipu muslihat golongan munafik. Keputusan kepimpinan PAS wajar dipuji kerana ia bukan sekadar keputusan yang terburu-buru malah telah mengambil kira dari pelbagai sudut penting dalam membuat ketetapan, terutamanya dari sudut 'bagaimana kerajaan menangani isu murtad?'

18 Oktober 2011

Bertaubatlah!

Subhanallah...Sesungguhnya Allah itu maha pemurah dan maha Menerima taubat...

"Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Furqaan:68-70)



Janganlah sekali-kali kita fikir sudah terlambat untuk bertaubat...sekalipun telah menggunung dosa yang telah kita lakukan...


11 Oktober 2011

Titah Sultan Brunei laksana Undang-undang Islam



KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

Tanda-tanda kiamat

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna



Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

09 Oktober 2011

Beza Hudud dan Sivil

Info ini diambil dari blog : Gua Punya Cerita

================================================================

Gambaran Cara Sebatan Cara Islam


SEBAT CARA ISLAM

[Image: image001.jpg]

Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
Sebatan dengan kekuatan sederhana.
Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
Tidak melukakan kulit pesalah

06 Oktober 2011

Perniagaan yang tiada kerugian


Tahukah anda apa perniagaan yg tidak akan rugi? bacalah petikan ayat Quran dibawah:

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 31:10)

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (As-Saff 31:11)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate