Salam Widget

30 Mac 2012

Soheh Al-Bukhari - 23 (Wanita Kufur)





باب كفران العشير و كفر بعد كفر كتاب :الإيمان
حدثنا عبد الله بن مسلمة عن مالك عن زيد بن أسلم عن عطاء بن يسار عن بن عباس قال قال النبي صلى الله عليه وسلم أريت النار فإذا أكثر أهلها النساء يكفرن قيل أيكفرن بالله قال يكفرن العشير ويكفرن الإحسان لو أحسنت إلى إحداهن الدهر ثم رأت منك شيئا قالت ما رأيت منك خيرا قط

***********************


Daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda:

"Aku telah diperlihatkan Neraka, dan aku lihat bahawa kebanyakan isinya adalah kaum wanita yang kufur."

Baginda ditanya: "Adakah mereka kufur kerana tidak beriman kepada Allah?" (Kufur boleh membawa erti samada ingkar dalam beriman kepada Allah, atau tidak menghargai nikmat/ tidak mengenang jasa atau pemberian)

Jawab baginda:

"Mereka itu kufur (tidak tahu berterima kasih) kepada suami dan juga segala perbuatan baik yang telah ditujukan kepada mereka. Seandainya kamu melakukan kebaikan kepada mereka setiap masa, namun tiba-tiba suatu ketika mereka mendapati satu kekurangan (yang tidak mereka gemari) daripada engkau, mereka akan lantas berkata: "Sekali pun aku tidak pernah melihat engkau melakukan kebaikan terhadapku."

***********************

Narrated Ibn 'Abbas: The Prophet said: "I was shown the Hell-fire and that the majority of its dwellers were women who were ungrateful." It was asked, "Do they disbelieve in Allah?" (or are they ungrateful to Allah?) He replied, "They are ungrateful to their husbands and are ungrateful for the favors and the good (charitable deeds) done to them. If you have always been good (benevolent) to one of them and then she sees something in you (not of her liking), she will say, 'I have never received any good from you."

***********************

http://sahihbukhari-in-malay.blogspot.com
http://hadith.arej.net
http://www.searchtruth.com



Get thiswidget

Soheh Al-Bukhari - 22





كتاب :الإيمان باب إذا لم يكن الإسلام على الحقيقة و كان على الاستسلام أو الخوف من القتل

حدثنا أبو اليمان قال أخبرنا شعيب عن الزهري قال أخبرني عامر بن سعد بن أبي وقاص عن سعد رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أعطى رهطا وسعد جالس فترك رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا هو أعجبهم إلي فقلت يا رسول الله مالك عن فلان فوالله إني لأراه مؤمنا فقال أو مسلما فسكت قليلا ثم غلبني ما أعلم منه فعدت لمقالتي فقلت مالك عن فلان فوالله إني لأراه مؤمنا فقال أو مسلما ثم غلبني ما أعلم منه فعدت لمقالتي وعاد رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قال يا سعد إني لأعطي الرجل وغيره أحب إلي منه خشية أن يكبه الله في النار ورواه يونس وصالح ومعمر وابن أخي الزهري عن الزهري

***********************
Daripada Sa'd bin Malik RA, katanya: Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sedang membahagikan zakat kepada sekelompok manusia, dan ketika itu aku duduk berdekatan baginda. Tetapi aku lihat Rasulullah tidak memberikan zakat itu kepada seorang lelaki ini, sedangkan setahu aku, dia adalah yang terbaik dalam kelompok itu. Maka aku pun bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa engkau tidak memberikannnya kepada si fulan itu? Demi Allah, aku menganggapnya sebagai seorang Mukmin (yang beriman). Jawab baginda:

26 Mac 2012

Learn How to Pray





Get thiswidget

20 Mac 2012

Berhati-hati dengan scam email

Assalamualaikum...

Baru-baru ini saya ada terima email. Dan ianya amat meyakinkan dengan ayat, gambar serta link yg diberikan. Ia adalah email dari CIMB yg meminta kita supaya update login detail/security...



apabila kita klik link yg diberi, kononnya kita perlu login dan update data, maka keluarlah website yg meminta login id & pasword seperti biasa.

Umrah Kembara Sufi


Umrah Kembara Sufi
-Akademi Mutawwif Training & Consultancy-

Ibadah Umrah
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.


PAKEJ YANG DISEDIAKAN
  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai dan insuran perjalanan.
  • Penginapan Hotel di Makkah dan Madinah
  • Lawatan Makkah dan Madinah dengan Mutawif yang berpengalaman
  • Tiket Penerbangan MAS pergi dan balik.
  • Visa Umrah
  • Makan di Makkah - Madinah
  • Tazkirah dan Pengisian Di Tanah Suci
  • Kursus Umrah PERCUMA. Dibimbing oleh Al-Fadhil Ust Hj Abd Kahar (18 Tahun pengalaman di Lembaga Tabung Haji)
  • Ketua Rombongan: Dato’ Hj Mohamed Zain Bin Zakaria (15 tahun pengalaman)
  • Tambahan RM500 seorang untuk penginapan 2 orang sebilik & RM300 untuk 3 orang sebilik




UMRAH KEMBARA SUFI PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI ATURCARA PERJALANAN 13H 11M

HARI 01 :
KUL - JEDDAH - MADINAH - Berkumpul di KLIA 3 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk jemaah akan bertolak ke Jeddah. Penerbangan tiba di Jeddah. Selesai urusan Imigresen jemaah akan bertolak ke Madinah menaiki bas. Tiba di Madinah pendaftaran masuk hotel.

HARI 02 :
MADINAH - Aktiviti bebas.

HARI 03 :
MADINAH - Selepas sarapan pagi, jemaah bersiap sedia untuk dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba' iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram) Masjid Tujuh, Ladang kurma dan Pasar Kurma untuk membeli belah.

HARI 04 :
MADINAH - MAKKAH - Selepas makan tengahari, bersiap sedia untuk bertolak ke Makkah. Tiba di Makkah, pendaftaran masuk hotel, jemaah akan mengerjakan umrah.

HARI 05 :
MAKKAH - Aktiviti bebas

HARI 06 :
ZIARAH MAKKAH - Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi ke Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina. Seterusnya ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah serta Jaaranah.

HARI 07 :
MAKKAH - Aktiviti Bebas

HARI 08 :
ZIARAH HUDAIBIYAH - Selepas sarapan, jemaah akan dibawa melawat ke tempat bersejarah di Hudaibiyah dan Ladang Unta

HARI 09 - 10 :
MAKKAH - Aktiviti bebas

HARI 11 - 12 :
MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR - Selepas sarapan, bersiap sedia untuk bertolak ke Jeddah. Jemaah akan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA pada hari berikutnya.

* Tertakluk pada perubahan tanpa notis.


CENDERAMATA DARI AMTC
- Beg sandang
- Kain Ihram/telekong
- Buku panduan umrah/haji
- Ma'thurat
- Tag nama
- Air zam-zam 10 liter


HOTEL MAKKAH: SARAYA AJYAD @ setaraf (200 meter dari Masjidil Haram)
HOTEL MADINAH: DAURAT FAYROZ @ setaraf (100 meter dari Masjid Nabawi)


Makluman:
Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza. Perancangan awal boleh berubah mengikut keadaan atau masa.


REBUT TEMPAT ANDA SEKARANG!!!

Tempah tempat anda sekarang!
Hubungi:
012 358 1806


Setiap pendaftaran perlu disertakan dengan deposit tunai berjumlah RM500.00 @ RM1000.00* untuk tempahan tempat anda.

* Setiap pendaftaran yang disertakan dengan deposit RM1,900.00 layak menjadi wakil syarikat. Jika wakil berjaya memperoleh jemaah, ganjaran RM700.00 sebagai komisyen


Link Pilihan:




Get thiswidget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate