Salam Widget

28 Januari 2012

AMTC tak babit umrah MLM

Berita " Umrah MLM Haram " tiada kena mengena dengan syarikat Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) seperti yg dilaporkan dalam harian Metro :
==




KUALA LUMPUR: “Jangan ada pihak cuba menggunakan umrah semata-mata untuk mengambil keuntungan tanpa menghiraukan kesalahan undang-undang dan syariah sehingga menyebabkan kami yang menjalankan pakej umrah secara sah ini tergugat.

“Disebabkan sikap mereka ini ada pihak menyangka semua pakej umrah sebagai tidak betul sehingga nama kami turut terbabit menyebabkan pelanggan kami was-was dengan perkhidmatan ditawarkan,” kata Pengerusi dan Penasihat Konsultansi dan Latihan Akademi Mutawwif (AMTC), Datuk Mohamed Zain Zakaria.


Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini kelmarin mengenai sebuah koperasi yang beroperasi menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dalam urusan membabitkan umrah.

Menurutnya, selepas berita skim MLM Umrah itu tersiar, ramai pelanggan AMTC datang untuk mendapatkan kepastian sama ada syarikat itu turut menjalankan skim yang sama seperti dilaporkan.


Katanya, AMTC tidak pernah menggunakan kaedah skim MLM serta tidak pernah menawarkan pakej umrah serendah RM1,700.


“Kebetulan AMTC mengenakan bayaran RM1,700 kepada mereka yang ingin menjadi wakil syarikat itu, bukannya pakej umrah dan kami juga tidak pernah menggunakan skim piramid untuk mendapatkan keuntungan tetapi ada pihak yang salah faham.


“Saya tegaskan di sini, bukan kami syarikat yang dilaporkan itu dan kami juga adalah syarikat yang mendapat kebenaran untuk menjalankan pakej umrah ini,” katanya.



======================



Posted on the January 26th, 2012 under Tempatan by admin


KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.
Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.
Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.


Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.
“Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi.


==========

Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...

blog mdsafkyo
Copy this code to your website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate